Thursday, February 25, 2010
muLianya akhlakmu wahai kekasih ALLAH...
Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam saat saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.
Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berhasil. Rencananya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Subnahallah...
Tuesday, February 23, 2010
beginikah manusia zmn skrg,lbh suka mengutamakn keduniaan semata...renungkanlah
Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.
Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”
p/s- ingtlah dgn memilih dunia semata-mata tidak akan menjamin kebhgiaan,dunia dan akhirat perlu seiring utk bekalan di sana kelak,hidup yg hakiki
manusia..sering kita lupa
Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta
YA RABBI..ampunilah dosa2 kami,tempatkanlah kami bersama org2 yg KAU redhai..amin ya rabbal'alamin..


